Cara menambahkan kunci/voucher code/serial key/kod untuk dihantar kepada pembeli

Untuk menambahkan kunci ataupun sewaktu dengannya, anda boleh rujuk tutorial dibawah:

  1. Pergi ke menu Products
  2. Tekan submenu key/voucher
  3. Tekan butang + Add Key

Selepas anda menekan butang + Add Key, rujuk gambar dibawah untuk step seterusnya

Penerangan:

  • KEY NAME adalah tajuk kepada produk key anda supaya ianya mudah dikesan ketika berada didalam halaman submenu key/voucher(lihat gambar pertama) ianya juga akan ditunjukkan kepada pembeli selepas pembeli mendapat pesanan tersebut
  • INSTRUCTION adalah arahan kepada produk tersebut, anda boleh kosongkan ataupun masukkan arahan tersebut kepada pembeli. Ianya juga akan ditunjukkan kepada pembeli selepas pembeli mendapat pesanan tersebut
  • LIST KEY adalah key untuk dihantar kepada penjual. Pengiraan key seterusnya terletak kepada baris seterusnya. Contohnya jika anda ingin memasukkan 10 key, baris pertama adalah key pertama, baris kedua adalah key kedua, baris ketiga adalah key ketiga dan seterusnya.
  • TOTAL KEY adalah jumlah pengiraan key yang anda masukkan ke dalam LIST KEY mengikut baris
  • FOR PRODUCT adalah produk anda untuk dipilih iaitu produk yang manakah akan digunakan untuk key/voucher
  • VARIATION (SKU) adalah variasi untuk produk tersebut. Jika produk anda mengandungi variasi, ianya akan muncul selepas anda memilih jenis produk(FOR PRODUCT) untuk digunakan. Jika produk anda tiada variasi ianya tidak akan muncul. Anda dicadangkan memasukkan semua SKU pada variasi didalam shopee anda sebelum sync supaya tidak ada kekeliruan pada pihak anda. Jika anda tidak masukkan SKU pada variasi didalam shopee anda, pemilihan variasi anda akan keluar berbentuk nombor sahaja.