Cara menambah download link untuk dihantar kepada pembeli
Jika anda menjual barangan digital yang menggunakan download link, anda perlulah menambah membuat perkara seperti dibawah.

- Tekan menu products
- Tekan submenu DOWNLOAD LINK
- Tekan butang + Add Download link
Selepas anda tekan butang + Add Download link , anda akan dibawa ke halaman seperti gambar dibawah

- TITLE adalah tajuk kepada produk anda supaya ianya mudah dikesan ketika berada didalam halaman submenu DOWNLOAD LINK(lihat gambar pertama) ianya juga akan ditunjukkan kepada pembeli selepas pembeli mendapat pesanan tersebut
- DOWNLOAD LINK adalah link dimana akan dihantar kepada pembeli
- INSTRUCTION adalah arahan kepada produk tersebut, anda boleh kosongkan ataupun masukkan arahan tersebut kepada pembeli. Ianya juga akan ditunjukkan kepada pembeli selepas pembeli mendapat pesanan tersebut
- FOR PRODUCT adalah produk anda untuk dipilih iaitu produk yang manakah akan digunakan DOWNLOAD LINK
- VARIATION (SKU) adalah variasi untuk produk tersebut. Jika produk anda mengandungi variasi, ianya akan muncul selepas anda memilih jenis produk(FOR PRODUCT) untuk digunakan. Jika produk anda tiada variasi ianya tidak akan muncul. Anda dicadangkan memasukkan semua SKU pada variasi didalam shopee anda sebelum sync supaya tidak ada kekeliruan pada pihak anda. Jika anda tidak masukkan SKU pada variasi didalam shopee anda, pemilihan variasi anda akan keluar berbentuk nombor sahaja.
Selepas anda siap memasukkan semua, tekan sahaja butang SAVE .